Close

Adakah Saham Facebook, YouTube, Twitter, Netflix Dan Spotify, Patuh Syariah? – Majalah Labur

Majalah Labur
adakah-saham-facebook,-youtube,-twitter,-netflix-dan-spotify,-patuh-syariah?-–-majalah-labur

Peminat saham-saham global kena baca ni.

Setiap hari kita menghabiskan masa berjam-jam di media sosial dan menggunakan platform digital popular untuk mendapatkan kandungan terkini.

Syarikat gergasi seperti Facebook, YouTube (melalui Alphabet Inc.), Twitter, Netflix dan Spotify tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat.

Tetapi adakah saham-saham ini patuh syariah?

Apakah yang menyebabkan saham-saham ini patuh syariah?

Kalau tak patuh syariah, apa pula sebabnya?

Terbahagi Kepada Dua

Secara ringkasnya, media sosial dan platform kandungan digital terbahagi kepada dua iaitu:

  • Platform yang tak menghasilkan sebarang kandungan
  • Platform yang tak menghasilkan sebarang kandungan, tetapi membenarkan kandungan yang dikurasi (curated) atau diambil daripada satu tema spesifik

Platform Yang Tak Menghasilkan Sebarang Kandungan

Contoh platform sebegini adalah Facebook, YouTube (Alphabet Inc) dan Twitter. Mereka tidak menghasilkan sebarang kandungan digital, tetapi membenarkan pengguna memuat naik kandungan, berkongsi dan berinteraksi dengan pengguna lain.

Seterusnya, platform ini juga sensitif terhadap kandungan haram seperti bahan lucah, dadah, alkohol, judi, aktiviti berbahaya dan tidak sopan serta mempunyai polisi mencegahnya daripada dimuat naik.

Pendapatan utama syarikat pula datangnya daripada pengiklanan, yang dibuat sendiri oleh pengguna dan iklan-iklan tersebut akan ditapis bagi memastikan ianya tidak mengandungi unsur-unsur seperti di atas.

Buat masa ini kalau dilihat kepada Facebook, YouTube (Alphabet Inc) dan Twitter; maka model perniagaan mereka dikira ‘lulus’ dan memenuhi kehendak syariah.

Memandangkan kriteria seterusnya iaitu nisbah kewangan semasa syarikat juga melepasi tanda aras yang ditetapkan maka saham-saham syarikat ini diberikan status patuh syariah. (Penanda aras nisbah kewangan bertujuan untuk mengukur riba dan unsur-unsur berasaskan riba dalam kedudukan kewangan syarikat).

Platform Yang Tak Menghasilkan Sebarang Kandungan, Tetapi Membenarkan Kandungan Yang Dikurasi (Curated) Atau Diambil Daripada Satu Tema

Platform yang memenuhi kriteria di atas, tetapi mengikuti tema yang tak patuh syariah seperti perkongsian muzik. Pendapatan utama syarikat adalah melalui yuran langganan.

Disebabkan muzik itu sendiri adalah perniagaan yang bertentangan dengan kehendak syariah, maka saham Spotify adalah berstatus tidak patuh syariah walaupun punca pendapatan utama syarikat adalah berasaskan yuran langganan.

Bagaimana Dengan Platform Yang Menghasilkan Kandungan Sendiri?

Kita ambil contoh Netflix, yang menghasilkan kebanyakan movie dan series mereka sendiri. Ia juga membenarkan kandungan yang dikurasi (curated) iaitu dipilih oleh Netflix sendiri.

Memandangkan terdapat kandungan di Netflix itu sendiri adalah bertentangan dengan kehendak syariah, dan walaupun pendapatan syarikat adalah daripada yuran langganan, maka saham Netflix itu menjadi tidak patuh syariah.

Patuh Syariah Atau Tidak, Mengikut Kaedah Islamicly

Sumber: Islamicly

Status patuh syariah atau tidak ini bukan kepakaran kami tetapi telah diberikan oleh Islamicly, sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna untuk menyemak status patuh syariah sesuatu saham global.

Jom kita berkenalan dengan wajah di sebalik tabir Islamicly. Secara spesifik Dr. Muhammad Ali El-Gari yang merupakan salah seorang daripada ahli panel syariah mereka.

This image has an empty alt attribute; its file name is dr-mohamed-ali-elgari-bio-700x711.jpg
Sumber: Amanie Advisors

Beliau juga merupakan Pengerusi majlis penasihat syariah bagi Amanie Advisors.

Amanie Advisors merupakan sebuah firma penasihat Syariah terkemuka di dunia milik Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan bagi Amanie Advisors.

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar memang bukan calang-calang orang, beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi. Beliau juga kini merupakan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

This image has an empty alt attribute; its file name is ahli-mps-700x650.jpg
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Semoga sahabat-sahabat yang melabur atau berdagang di pasaran saham global sentiasa peka dengan status syariah saham-saham di sana.

Majalah Labur

Misi memandaikan rakyat dalam topik Pelaburan & Kewangan. Invest in yourself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top